BERCOUPLE ITU MEMANG HARAM DI SISI ISLAM
Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi :
أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن
محفوف بالخطر محاط بالشبهات.هذا الطريق
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya
tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum
berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -
[Fatawa Mu'ashirah - 2].
Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips
sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita
kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada
penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.
Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul
daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah
seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."
Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta
sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."
Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik
murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.
No comments:
Post a Comment