Wednesday, 1 May 2013

FOLIO GEOFRAFI 2013


TAJUK KAJIAN


Ø      1.0:Tajuk Kajian:




Kajian Tentang Pengangkutan Awam(Bas)Di Pekan Baling,Kedah Darul Aman






SENARAI KANDUNGAN

Ø      2.0:Senarai Kandungan:

BIL
PERKARA
HALAMAN
1
TAJUK KAJIAN

2
SENARAI KANDUNGAN

3
PENGHARGAAN

4
PENDAHALUAN

5
OBJEKTIF KAJIAN

6
KAWASAN KAJIAN

7
KAEDAH KAJIAN

8
DAPATAN KAJIAN

9
RUMUSAN

10
LAMPIRAN

11
RUJUKAN








PENGHARGAAN

Ø      3.0:Penghargaan:

Ø      Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zaini bin Hassan,Pengetua Maktab Mahmud Baling kerana telah memberi kebenaran dan galakan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru Geografi saya iaitu Cik Ummi Kalthom binti Abdul Rahman yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjayakan kajian ini.
     Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohamad Zaki bin Mahmood dan Puan Fatimah binti Ishak yang telah memberi bantuan kewangan,galakan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini.Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sebaya saya iaitu Ahmad Iznun bin Ishak dan Asyraf Husaini bin Ibrahim di atas kerjasama yang diberikan sehingga saya dapat menyelesaikan semua tugasan ini.
PENDAHALUAN
 


Ø      4.0:Pendahaluan

Ø      Saya telah memilih tajuk Kajian Pengankutan Awam Bas  Di Pekan Baling,Kedah Darul Aman sebagai tajuk kajian saya.Kawasan Baling ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana di kawasan ini terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.Kawasan kajian ini juga padat dengan penduduk yang sangat memerlukan dan bergantung kepada pengangkutan awam untuk pergerakan harian mereka.
    Saya berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa 2 bulan dengan menulis laporan kajian dengan lengkap bermula adari bulan Februari hingga bulan Julai.






OBJEKTIF KAJIAN
 

Ø      5.0:Objektif  Kajian

Ø      Kajian tentang Pengangkutan Awam Bas di Pekan Baling,Kedah Darul Aman ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

*                      Mengenalpasti konsep pengangkutan awam
*                      Menyata dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam
*                      Menyata dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam
*                      Menyata dan menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
*                      Memberikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
*                      Memupuk nilai murni atau unsur patriotisme dalam hasil kajian



KAWASAN KAJIAN


Ø      6.0:Kawasan Kajian

Ø      Kawasan kajian saya adalah terletak di Daerah Baling,Kedah Darul Aman.Kawasan ini terletak di Pekan Baling dalam Daerah Baling iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri Kedah Darul Aman.Di kawasan Baling ini terdapat banyak taman perumahan seperti Taman Saga,Taman Bemban,Taman Anggerik,Taman Bersatu dan Taman Impian.
    Kawasan kajian saya terletak di arah Barat Laut dari Pekan Baling.Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan pamah yang rata dan sesuai untuk dibina jalan pengangkuatan dan petempatan.Oleh sebab itu kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk kemudahan pengangkutan awam.
     Jarak antara sekolah saya dari Pekan Baling ialah 3 kilometer.Jarak relatif dari masa yang diambil dengan menaiki bas adalah lebih kurang 10 minit dari Sekolah Maktab Mahmud Baling.Jarak Pekan Baling dari Alor Star ialah 91 kilometer.
























PETA DAERAH

Ø      Peta di bawah ini menunjukkan sempadan daerah-daerah Negeri Kedah:

http://www.mdbaling.gov.my/image/image_gallery?uuid=e7ee518f-c415-45dc-bc1c-474bfc449e49&groupId=26704&t=1350876196424



PETA KAWASAN KAJIAN


Ø      Peta dibawah menunjukkan Lokasi Stesen Bas di Pekan Baling:


















KAEDAH KAJIAN
Ø      7.0:Kaedah Kajian

·    Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam  menjayakan kajian ini:

*                      Kaedah Pemerhatian:Saya membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di Baling,Kedah Darul Aman.
*                      Kaedah Temu Bual:Melalui kaedah ini saya telah mene bual 3 orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam,masalah perkembangan pengangkutan awam dan  mendaptkan maklumat tentang cadangan mengatasi masalah tersebut.
*                      Kaedah Soal Selidik:Sebanyak 25 orang responden telah saya temui untuk menjawab soalan kajian dari boring soal selidik yang telah saya edar.Dalam borang tersebut terdapat 10 soalan berkenaan kepentingan,masalah dan cadangan tentang pengangkutan awam.
*                      Kaedah Rujukan:Saya telah menggunakan internet dengan membuat rujukan di Wikipedia bagi mencari definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan awam 
DAPATAN KAJIAN

Ø      8.0:Dapatan  Kajian

·    8.1:Konsep Pengangkutan Awam(Bas)di kawasan kajian,iaitu Baling,Kedah Darul Aman.

*                      Menurut Wikipedia,Pengangkutan awam atau  transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan knderaan sendiri serta berbayar.Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas,definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual,feri,teksi,iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter,LRT,ataupun monorel.
         Pengangkutan awam bas dan teksi juga merupakan jenis pengangkutan utama di Baling,Kedah Darul Aman.Pengangkutan awam sangat penting terutama bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan sendiri atau berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.Kebanyakan daripada mereka ialah penuntut kolej,pelajar sekolah,operator kilang dan sebagainya.Di Baling,pengangkutan awam utama penduduk di sini ialah bas dan teksi.


·    8.2:Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.

*                      Jenis pengangkutan awam di Baling,Kedah Darul Aman  ialah bas dan teksi.Pengangkutan bas yang terdapat di sini ialah bas berhenti-henti atau bas tabung,bas persiaran,bas sekolah dan bas ekspres.Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutama bagi pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan manakala bas henti-henti untuk para pelajar kolej dan pekerja kilang serta suri rumah yang ingin membeli barangan keperluan rumah di Pekan Baling atau pasar raya berhampiran seperti Aneka dan Longwan.
         Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama,iaitu di pekan Baling yang terletak berhampirannya.Teksi pula sangat penting bagi mereka yang memerlukan pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke destinasi atau di hadapan rumah penduduk Baling ini.

·    8.3:Kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian

*Kepentingan pengangkutan awam di Baling,Kedah Darul Aman ialah seperti berikut:
1.  Mengangkut penumpang

·    Melalui pemerhatian,saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Baling ini sangat penting untuk mengangkut penumpang.Saya sendiri jika pulang ke rumah dari asrama akan menggunakan pengangkutan ini.Saya akan menggunakan pengangkutan bas henti-henti untuk pulang ke rumah.Jika keadaan mendesak,iaitu terlewat sampai atau tertinggal bas,saya akan mendapatkan perkhidmatan teksi yang terdapat di Pekan Baling dan terus sampai di hadapan rumah saya di Taman Bemban,Baling,Kedah Darul Aman.



2Mengurangkan kesesakan lalu lintas

·    Melalui pemerhatian yang dilakukan,saya dapati bahawa apabila kita menggunakan pengangkutan awam ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas.Ini terjadi jika kebanyakan penduduk di Baling menggunakan pengangkutan awam,ia akan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang bole memuatkan sejumlah lebih 40 orang bagi sebuah bas.Inia kan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di kawasan Baling ini yang begitu padat dengan penduduk kerana terdapat banyaknya taman di sini seperti Taman Bemban,Taman Kota Jaya,Taman Seri Harapan dan Taman Wawasan.

3Menjimatkan kos

·    Melalui pemerhatian saya sendiri,dengan menggunakan pengangkutan awam akan menjimatkan kos.Ini berlaku kepada saya sendiri,jika ibu bapa saya mengambil saya di asrama,mereka terpaksa mengeluarkan kos minyak bagi perjalanan pergi dan balik.Selain itu,bapa saya juga terpaksa pulang lebih awal dari tempat kerjanya di Sidam Kiri,Sungai Petani.Jika saya menggunakan bas,kos yang ditanggung akan lebih rendah dab ini pastinya akan menjimatkan perbelanjaan ibu bapa saya.

4Sumber pendapatan

·    Melalui temu bual saya dengan salah seorang pemandu bas henti-henti,dengan adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka,seterusnya menambahkan pendapatan penduduk.Begitu juga dengan temu bual saya dengan seorang pengusaha bas sekolah.Dengan perkhidmatan bas sekolah sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini beliau telah memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan sejak 8 tahun lalu.
    Saya sebagai penduduk Baling,Kedah sangat bersyukur kerana dengan adanya pengangkutan awam in telah menguntungkan pemandu bas atau penumpang bas dan teksi di kawasan ini dan memberikan pelbagai impak positif kepada penduduk di sini.
8.4:Masalah pengangkutan Awam di kawasan kajian

·    Masalah pengangkutan awam di Baling,Kedah ialah seperti berikut:

1.                                Pencemaran udara


·    Melalui pemerhatian,saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan meningkatkan pencemaran udara.Lebih-lebih lagi pengangkutan awam menggunakan minyak diesel yang menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih banyak.Berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih,penggunaan minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran karbon monoksida yang akan mencemarkan udara.Pencemaran udara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.



2.                        Pencemaran bunyi

·    Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga,sepanjang saya menggunakan pengangkutan awam terutama bas,pemandu gemar membunyikan hon yang amat kuat dan bunyi enjin yang kuat juga menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.Ini menyebabkan penduduk di Baling ini berasa bimbang dengan bunyi tersebut kerana mengganggu ketenteraman penduduk di sini.

3.                        Kemalangan

·    Melalui pemerhatian juga,saya mendapati banyak kemalangan yang berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas atau teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu.Akibat inginkan keuntungan semata-mata,para-para pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.


4.                        Tambang mahal

·    Melalui temu bual saya dengan Encik Fikri bin Ishak,beliau menyatakan bahawa tambang bas semakin mahal dari tahun ke tahun.Tambang bas dari Baling ke Alor Star juga semakin meningkat,iaitu sebanyak RM 9.70 sehala berbanding dahulu hanyalah RM 8.40 sahaja.Selain itu,tambang sekolah pula ialah sebanyak RM 50.00 sebulan bagi anak beliau yang bersekolah rendah di Baling.

5.                        Keselematan penumpang terancam

·    Selain itu,melalui pemerhatian saya sendiri,keselamatan penumpang adalah terancam apabila menggunakan pengangkutan awam ini,contohnya bas.Pemandu bas henti-henti di sini memandu dengan laju dan ini akan mengancam keselamatan penunmpang.Pernah berlaku di hadapan mata saya seorang penumpang cedera apabila pemandu bas telah meneruskan perjalanan sebelum sempat penumpang itu turun dari bas dan menyebabkan beliau terjatuh sehingga cedera.
6.                        Kenderaan lama

·    Melalui pemerhatian saya juga,saya mendapati bahawa kebanyakan bas terutama bas henti-henti merupakan kenderaan lama.Ini dapat dilihat apabila bas ini sering kali mengalami kerosakan dan tersadai di tepi jalan.Penumpang juga terpaksa mencari alternatif lain sama ada menuggu bas lain atau meminta bantuan keluarga atau rakan untuk ke destinasi yang hendak dituju.Kenderaan lama ini juga menyebabkannya sering kali mengalami masalah enjin dan brek dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
       Saya sebagai penduduk Baling tetap bersyukur walaupun terdapat banyak masalah kerana dengan adanya pengangkutan awam ini telah bantu penduduk di sini bergerak ke tempat lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.







8.5:Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian

Ø      Cadangan untuk mengatasi masalah Perkhidmatan Awam di Baling,Kedah Darul Aman ialah:

1.                        Kuat kuasa undang-undang

·          Melalui borang soal selidik yang saya peroleh,ada menyatakan bahawa pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan perlulah menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka.Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian,mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan member pengajaran kepada pemandu lain agar tidak melakukan perkara sedemikian .



2.                        Kempen alam sekitar

·    Melalui temu bual say a dengan Encik Nazer bin Ishak, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandu-pemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan bunyi.Kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio.

3.                        Pendidikan alam sekitar

·    Melalui temubual juga , saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar amat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama mereka yang terlibat dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis Daerah Baling(MDB)melalui ceramah yang diberikan kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui MDB sendiri.

4.                        Penggunaan petrol tanpa plumbum

·    Selain itu , melalui pemerhatian saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat dikurangkan jika pemandu kenderaan awam menggunakan petrol tanpa plumbum. Ini akan mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara.

5.                        Penapis asap/catalytic converter

·    Penggunaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara.Para pengusaha bas perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak memikirkan keuntungan seamata-mata.

Saya berbangga kerana penduduk di Baling menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini disebabkan dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.























PETA MINDA

Ø      Peta minda di bawah menunjukkan langkah mengurangkan masalah pengangkutan awam di Baling,Kedah Darul Aman:








JADUAL

Ø      Jadual di bawah  menunjukkan  bilangan pengangkutan awam bas dan  teksi di Baling:
BIL
JENIS
BILANGAN
PERATUS
SUDUT
1
BAS
10
45
164
2
TEKSI
12
55
196

Ø      Jadual di bawah menunjukkan bilangan bas dan bilangan teksi pada tahun 2010,2011,2012 dan 2013:
TAHUN
BILANGAN BAS
BILANGAN TEKSI
2010
2
3
2011
5
6
2012
7
8
2013
10
12










BAHAN GRAFIK

1.                        GRAF
2.                        CARTA












GRAF

Ø      Graf di bawah menunjukkan bilangan pengangkutan di Baling:








CARTA

    
Ø      Carta di bawah menunjukkan bilangan pengangkutan awam di Baling:







RUMUSAN

Ø      9.0:Rumusan

§ Sebagai kesimpulan , jenis pengangkutan awam yang terdapat di Baling , Kedah ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan. Antaranya ialah untuk mengangkut penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber pendapatan .
      Terdapat juga beberapa masalah pengangkutan awam yang dapat dikenal pasti udara, pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal, keselamatan penumpang terancam dan masalah kenderaan lama.
       Oleh itu, masalah pengangkutan awam dapat diselesaikan dengan penguatkuasaan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis asap.
Terdapat banyak nilai yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya semasa menjalankan kajian ini, Antaranya nilai tersebut adalah seperti mencintai alam sekitar, bersyukur dan menjadi warga penduduk yang lebih bertanggungjawab.














LAMPIRAN

Ø      10.0:Lampiran


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlRPE70HKF-xxdQr2mUuPZCMZRgWoSfUfIFn3w5SihlceVB-YjCXiRzKyOfIJ1yLvigvQLUDAdIq_NWS5ksfMX8zQmYramitVPmbfpFq9-VxaNFhgInUI-Wcx9muiVPvAlTiLzVzEdjXPB/s400/DSC00032.JPG

(Stesen Bas Baling)





http://mw2.google.com/mw-panoramio/photos/medium/11763619.jpg
(Stesen Bas Baling)

http://mw2.google.com/mw-panoramio/photos/medium/63983503.jpg
(Stesen Bas Baling)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi48EokWKsE5A2WJDIwfv5C-ZN3TgLpT06zkaLfQzmZZ707e3r2WhjuO5YRP4xnVDcBfwuWLPXj-CP_GLqbDtvM1UjzsvkXCVNQsavMw-UDS2zxOH-ZNyZ_ZchiP1b4NaXbePs0nACcVnZX/s400/DSC00034.JPG
(Stesen Teksi Baling)


http://2.bp.blogspot.com/_3wNTZnee1LY/S-DzbD5_FmI/AAAAAAAAAIc/pfDY33HuSZA/s1600/TaxiPreview.jpg
(Stesen Teksi Baling)



RUJUKAN

Ø      11.0:Rujukan

§ Saya merujuk pelbagai cara untuk melakukan kerja kursus ini:

*                      Internet:







*                      Buku Teks:

·    Buku Teks Geografi Tingkatan 3:
http://images.trosworld.com/product/geografi_ting_3.JPG